Johor Darul Takzim terpaksa berhempas pulas sebelum menang tipis 3-2 ke atas T-Team yang beraksi dengan 10 pemain pada 20 minit terakhir perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.
Bermula seimbang, T-Team bagaimanapun sedikit tenggelam dengan corak permainan pantas lawan di bawah kendalian Azmi Mohamed.
Pelawat terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-23 melalui serangan balas pantas apabila Mohd. Hadin Azman mudah menyempurnakan hantaran silang Norshahul Idlan Talaha .
Gol tersebut nyata menyemarakkan semangat Johor DT yang kemudian melancarkan serangan bertali-arus ke kubu tuan rumah.
Hasilnya, penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali berjaya menyudahkan satu sepakan penjuru yang diambil oleh Safiq Rahim untuk pelawat mendahului 2-0.
Bermula babak kedua, tuan rumah mula mempamerkan corak permainan lebih agresif dalam usaha untuk merapatkan kedudukan dan gol yang dicari akhirnya menjelma pada minit ke-48 apabila Ahmad Syamim Yahaya bijak menanduk masuk umpanan pemain pertahanan, Mazlizam Mohamad.
Bagaimanapun, Norshahrul kembali menjarakkan kedudukan apabila merembat kencang untuk gol ketiga pelawat pada minit ke-60.
T-Team kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain gantian mereka, Mohd. Saiful Mustafa diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua gara-gara mengasari pertahanan lawan.
Kekurangan seorang pemain bagaimanapun tidak menghalang T-Team untuk kembali menggandakan asakan sebelum kembali merapatkan kedudukan 2-3 hasil jaringan seorang lagi pemain gantian, Fazuan Abdullah pada minit ke-77.
Foto: The Ganu Kroniz .
© All Rights Reserved. Any unauthorized copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited.
Piala Malaysia 2013 | T-TEAM (2) vs (3) JDT | STADIUM SINS, KT
Thursday, 5 September 2013
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : youremail@gmail.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment